PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI PSS
Perkhidmatan-perkhidmatan
berikut boleh diperolehi di PSS SMK To’ Uban.
Jenis-jenis perkhidmatan
yang ditawarkan oleh Pusat Sumber Elektronik sekolah ini adalah bergantung
kepada keperluan guru-guru dan pelajar-pelajar sebagai pengguna, kemampuan
kewangan pihak sekolah dan juga bilangan kakitangan terlatih yang ada di
sekolah ini. Semasa merancang perkhidmatan-perkhidmatan
yang difikirkan perlu, keutamaan telah diberi kepada tiga perkhidmatan asas
iaitu perkhidmatan perpustakaan, perkhidmatan komputer dan perkhidmatan media
pendidikan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain akan ditambah dari semasa ke semasa
apabila keadaan dan kemampuan kewangan mengizinkan.
KEMUDAHAN
TEMPAT
Ruang bacaan, ruang
rujukan, karel , bilik tayangan, makmal komputer, bilik media, ruang seminar,
bilik penerbitan & medan
ilmu.
PERKHIDMATAN
PINJAMAN
Pinjaman biasa, pinjaman berkelompok, pinjaman koleksi
bertanda merah, pinjaman guru dan murid & pinjaman bahan bukan buku.
PERKHIDMATAN
RUJUKAN
Menyediakan bahan rujukan, mencari dan menunjukkan
lokasi bahan-bahan, & menunjukkan bahan rujukan di luar dari PSE
KHIDMATAN
NASIHAT
Menasihati pelajar dan guru berhubung dengan khidmat
nasihat pembaca, pemilihan alat dan bahan, merancang strategi PdP berasaskan
sumber & merancang dan membina bahan-bahan sumber yang menyokong kurikulum.
PERKHIDMATAN
PENGHASILAN
Menyediakan bahan dan alat untuk kerja-kerja
penghasilan, membantu dan menasihat pengguna dalam kerja-kerja penghasilan,
menghasilkan bahan PdP serta mengadakan bengkel/kursus hujung minggu dan cuti
semester.
PERKHIDMATAN
PENGAJARAN KEMAHIRAN MAKLUMAT
Kemahiran perpustakaan dan informasi, kemahiran belajar, kemahiran penggunaan media
& kemahiran menghasilkan media.
PAPAN
MAKLUMAT
Papan maklumat merupakan satu persembahan biasa yang
popular bagi perpustakaan. Pelajar
biasanya memberi tumpuan terhadap papan maklumat. Tujuan papan maklumat ialah untuk menjual
secara senyap segala penerangan dan maklumat.
Ia ditempatkan di tempat laluan ramai.
Beberapa perkara dipersembahkan pada sesuatu masa dengan memberi
perhatian kepada teknik penyusunan.
Papan maklumat juga dapat memberi publisiti dan penerangan mengenai berita
dan peristiwa penting, pengumuman berhubung dengan kegiatan dan aktiviti PSE
serta poster-poster berhubung isu semasa.
PENERBITAN
BULETIN PSE
Merupakan satu penerbitan yang diusahakan oleh
PSE. Antara kandungan yang dimuatkan
ialah rencana-rencana mengenai kemahiran perpustakaan, berita dan kegiatan
sekolah, bibliografi buku, koleksi perolehan terbaru dan sebagainya. Penerbitan dibuat secara bulanan. Semua pelajar dan guru diberi peluang untuk
memberi sumbangan bagi menjayakan penerbitan ini. Buletin diedarkan secara percuma sahaja
ataupun dikenakan bayaran kos sahaja.
Akhir sekali buletin ini turut diedarkan ke PSS sekolah-sekolah
berdekatan.
PAMERAN
BERTOPIK
Satu pameran bertopik dijalan dalam PSE. Topik yang dipilih adalah yang berhubungkait dengan
bidang pembelajaran pelajar. Satu
koleksi berkait dengan topik terpilih dibuat oleh pelajar. Sebuah jawatankuasa kecil pameran dilantik
untuk menjayakan program ini. J/kuasa
ini bertanggungjawab untuk membuat koleksi bahan, guntingan media, himpunan
maklumat dan persediaan yang berkaitan dengan persiapan sudut.
SUDUT
KREATIF
Satu sudut dikhususkan untuk pelajar mempamerkan
sebarang hasil kreatif mereka. Pelajar
diberi peluang mempamerkan hobi masing-masing di sudut ini seperti koleksi
setem, penanda buku, lencana, poskad, wang lama, guntingan akhbar, kad telefon
dan lain-lain. Penyertaan pelajar dalam
aktiviti ini akan diberi hadiah galakan.
MINGGU
PSE
Merupakan satu perayaan tahunan bagi PSE. Tujuannya untuk memperkenalkan sepenuhnya PSE
kepada semua pelajar dan guru. Minggu
PSE ini dijayakan dengan kerjasama semua guru dan pelajar. Di antara rancangan/kegiatan yang dijalankan
sepanjang minggu ini ialah :
- Pameran buku-buku perpustakaan mengikut perkara yang
berhubung dengan kurikulum
- Mempamerkan alatan perpustakaan.
- Mempamerkan media pengajaran.
- Menganjurkan peraduan/ pertandingan
- Ceramah oleh pengarang terkemuka .
- Tayangan filem yang berhubung kait dengan Pusat
Sumber.
PERTANDINGAN
/PERADUAN
PSE menganjurkan pertandingan/peraduan yang akan
menggalakkan pelajar menggunakan perpustakaan.
Di antara yang dipertandingkan ialah:
- Peraduan mengarang
- Menulis dan mendeklamasi sajak
- Melukis poster
- Menulis sinopsis & mengulas buku
- Pembaca terbanyak
- Membuat kotak majalah
- Tulisan cantik (khat/italik)
- Kuiz
Untuk menjayakan aktiviti ini, pihak PSE akan
bekerjasama dengan persatuan-persatuan lain di sekolah seperti persatuan bahasa
dan persatuan seni kreatif. Kerjasama
mereka adalah penting bagi menjayakan projek ini.
SESI
ULASAN BUKU
Program ini dijalankan
setiap minggu pada waktu perhimpunan mingguan.
Guru dan pelajar dijadualkan secara berselang minggu untuk mengendalikan
program ini. Pengulas akan membuat
ulasan mengenai sebuah buku yang telah dibacanya. Buku tersebut turut dipamerkan kepada
pelajar. Sesi ini sangat berfaedah
kerana dapat menimbulkan minat kepada pelajar untuk lebih mengenali/ memahmai
kandungan sesebuah buku.
HUBUNGAN
SERANTAU
Mengedarkan maklumat terkini serta penyebaran maklumat
terpilih
PERBENGKELAN
Beberapa sesi perbengkelan
dianjurkan oleh pihak PSE untuk menambahkan pengalaman pelajar/guru dalam
sesuatu aspek yang difikirkan perlu.
Selain dari itu, hasil dari perbengkelan akan dapat menambahkan lagi
koleksi Pusat Sumber. Di antara bengkel
yang dirancang ialah:
- Bengkel Baik Pulih Bahan
- Bengkel Pengkelasan
- Bengkel Pengkatalogan
No comments:
Post a Comment