KEMUDAHAN FIZIKAL
Pusat Sumber Elektronik
SMKTU terletak dalam sebuah bangunan dan semua biliknya bersambungan antara
satu sama lain. Di antara bilik dan
ruang khusus yang disediakan dalam PSE sekolah ini ialah:
BILIK
PERPUSTAKAAN
Bilik perpustakaan merupakan tempat untuk menyimpann
koleksi bahan-bahan bercetak. Buku-buku
disusun di rak mengikut Sistem Pengkelasan Perpuluhan Dewey. Set sette disediakan untuk memberi keselesaan
kepada pengguna membaca bacaan ringan saperti akhbar dan majalah . Akhbar-akhbar yang dilanggan dikapit pada pengepit
dan diletakkan pada rak akhbar. Majalah ditempatkan pada rak-rak khas. Kerusi
dan meja yang mencukupi disediakan untuk pengguna membaca atau membuat
kerja-kerja rujukan.
Penyediaan ruang rujukan adalah mustahak di sekolah
menengah. Usaha ini dapat menghindari
pengguna daripada gangguan terutama sekali apabila kerja-kerja rujukan terpaksa
memakan masa yang lama. Karel disediakan
untuk kemudahan dan keselesaan membuat pembacaan/rujukan secara individu. “Kaki
kamus” disediakan bagi memudahkan pengguna membuat rujukan cepat.
Untuk menarik perhatian dan menggalakkan pengguna
membaca, maka rak pameran buku-buku baru diadakan. Rak ini diletakkan di suatu ruang yang dapat
dilihat dari semua sudut. Papan maklumat
juga diadakan di luar perpustakaan bertujuan untuk menyampaikan maklumat kepada
pengguna.
Untuk melicinkan urusan sirkulasi, sebuah kaunter
sirkulasi disediakan berdekatan pintu keluar/masuk. Urusan pinjaman dan
pemulangan adalah menggunakan sistem automasi S-Lib V1001. Kotak-kotak kad
pinjaman digunakan untuk menyimpan kad-kad pinjaman secara teratur. Bahagian sirkulasi menyediakan perkhidmatan
pendaftaran/pembaharuan keahlian serta khimat peminjaman dan pemulangan
buku. Bahagian ini juga sedia membantu
pengguna yang menghadapi kesukaran dalam pencarian bahan atau mengakses
maklumat. Aduan pengguna dialu-alukan bagi mengenalpasti ketidakpuasan pengguna
agar perkhidmatan yang diberikan dapat dipertingkatkan.
Ruang kerja pula dijadikan tempat menghimpun
bahan-bahan perolehan yang baru. Di sini
ianya diproses. Dikelaskan dan dikatalogkan.
Kerja-kerja membaiki buku yang rosak serta alatannya disediakan di
sini. Alat pemotong kertas, para
menyimpan bahan dan buku-buku panduan untuk kerja-kerja pengklasan dan
pengkatalogan ada di ruang ini.
BILIK
PENGURUSAN
Bilik penyelaras diadakan bertujuan memudahkan
pengguna bertemu dan berbincang sesuatu dengan GPM dan mudah bagi kakitangan,
guru, wakil toko buku, penjual media pendidikan untuk menghubungi beliau. Ruang ini dilengkapkan dengan para/kabinet
yang boleh menyimpan bahan-bahan baru sebelum diproses. Ruang ini juga dilengkapkann dengan perabot
untuk urusan aktiviti pentadbiran.
BILIK
TAYANGAN (BILIK PUTRA)
Bilik ini bertujuan membolehkan pengguna menggunakan
media elektronik dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kerusi kuliah yang mempunyai tempat untuk
meletakkan buku disediakan supaya mudah membuat catatan semasa mengikuti
pengajaran. Troli disediakan untuk
meletakkan alatan. Kabinet disediakan
untuk meletakkan,pemain CD/VCD. TV
plasma 51” dipasang di hadapan bilik
untuk tujuan tayangan disamping sistem audio.
Langsir tingkap disediakan kerana bilik ini juga digunakan untuk
menonton “tayangan” yang memerlukan bilik gelap. Bilik ini dilengkapkan dengan alat penghawa
dingin untuk keselesaan pengguna. Meja
guru disediakan di hadapan bilik untuk meletakkan bahan-bahan pengajarannya.
BILIK
MEDIA
Bilik ini untuk menyimpan semua alat bantu mengajar
yang terdiri dari media bukan
elektonik. Ruang yang cukup besar
disediakan untuk tujuan ini.
BILIK
KOMPUTER
PSE turut menawarkan khidmat komputer dan sebuah bilik
khas telah disediakan. Dalam bilik ini
terdapat meja kecil untuk komputer dan kerusi untuk pengguna. Kini terdapat 3 buah komputer dan sebuah
pencetak laser. Sumber elektrik bagi
tiap-tiap komputer adalah berasingan supaya tidak berlaku gangguan antara
sebuah komputer dengan komputer lain sewaktu digunakan.
BILIK
PENERBITAN
Sebuah bilik khas untuk
mengorganisasi, memproses dan menyimpan buku dan bahan media lain. Bilik ini juga membolehkan guru dan pelajar
menghasilkan alat pengajaran dan pembelajaran.
Kerusi dan meja yang cukup disediakan.
RUANG
SEMINAR
Pengguna mengguna
bahan-bahan pendidikan di perpustakaan dengan pelbagai cara. Ada yang meminjam bahan pulang ke rumah. Ada yang meminjam dan baca di bilik
perpustakaan sahaja. Ada yang menemui
pustakawan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Ada
pula yang perlukan ruang untuk berbincang bersama-sama kumpulannya mengenai
projek yang sedang mereka usahakan tanpa mengganggu pelajar lain yang
sedang membaca. Ruang seminar dapat memenuhi
keperluan ini. Ruang seminar juga boleh
berfungsi sebagai bilik tayangan.
BILIK
STOR
Perpustakaan mempunyai
sebuah bilik stor untuk menyimpan bahan-bahan seperti akhbar/ majalah lama,
buku-buku yang telah dipilih buang dan lain-lain barang jenis rampai. Bahan-bahan pameran yang telah digunakan
turut disimpan di sini.
MEDAN
ILMU
Medan ilmu ialah satu lapangan luas yang di bina di
hadapan PSE untuk tujuan penggunaan pusat sumber secara terbuka. Perbincangan boleh dijalankan di lapangan Medan
Ilmu. Ulasan buku, sesi bercerita dan
pertandingan-pertandingan berbentuk lisan dijalankan di sini.
RUANG KUJ
Menempatkan CDRI yang dibekalkan oleh BTP dan yang
dibeli oleh PSE. Untuk mempelbagaikan sumber ruangan ini juga menyediakan CD /
DVD yang di bekalkan oleh KPM dan agensi kerajaan yang lain.
RUANG TVS
Menempatkan peralatan untuk operasi TVS. Segala
maklumat dan pengumuman oleh pihak pengurusan sekolah dan PSE boleh dihebahkan
melalui TVS yang beroperasi sepanjang sesi persekolahan.
RUANG KERJA
Di ruang ini diletakkan sebuah mesin fotostat, sebuah
mesin laminating dan alat pemotong kertas.
Bakul sampah disediakan untuk membuang sisa kertas bagi tujuan kitar
semula. Ruang ini juga digunakan untuk kerja-kerja memproses buku dan bahan
media lain.
No comments:
Post a Comment