HALA TUJU


SEJARAH PENUBUHAN PSS
         
Pada mulanya perpustakaan SMK  To’ Uban terletak dalam sebuah bilik darjah.  Koleksinya pada masa itu terhad kepada media cetak sahaja.  Buku-buku keseluruhannya dibeli dengan menggunakan  peruntukan perpustakaan yang kecil jumlahnya.  Edaran buku pula dijalankan secara “sistem rekod”.

Pada tahun 1977, sebuah bilik khas diwujudkan iaitu di tingkat atas blok “C” berukuran 26’ x 80’.  Koleksi buku semakin bertambah dan proses edaran pun diubah iaitu menggunakan “sistem kad buku”.   Pada tahun 1989, sebuah bilik yang lebih besar dengan ukuran 24.5’ x 90’ telah dibina di blok “G”.  Beberapa jenis perabot turut dibekalkan.  Pada tahun yang sama, perpustakaan pun dipindahkan ke sini.


Pada awal sesi persekolahan 1993/94, Jabatan Perpustakaan telah disatukan perkhidmatan-nya dengan Jabatan Alat Pandang Dengar dan Jabatan Komputer sebagai satu unit  yang bersepadu dikenali sebagai Pusat Sumber Sekolah.  Dengan penyatuan ketiga-tiga jabatan ini di bawah satu pentadbiran maka peranan dan kepentingan PSS telah dipertingkatkan.  Kerja-kerja mengumpul, mengintegrasi, mengelola, menerbit dan mendedahkan seluas mungkin guru dan pelajar kepada pelbagai bahan P&P bagi mencapai penggunaan yang maksima dapat dijalankan dengan lebih sistematik.  Pada  tahun 1994, PSS sekolah ini buat julung  kalinya telah berjaya memasuki peringkat akhir pertandingan Pusat Sumber Sekolah anjuran bersama PSPN dan PUSTAKA dengan menduduki tempat ke empat.

Sehubungan dengan cita-cita untuk menubuhkan sebuah PUSAT SUMBER ELEKTRONIK dan bersesuaian pula dengan perkembangan baru dunia pendidikan negara dalam menghadapi ledakan teknologi maklumat, maka pada awal sesi persekolahan 1996, pusat sumber telah berpindah ke bangunan blok “E”.  Keseluruhan tingkat bawah blok ini telah disambungkan.  Bilik Tayangan, bilik Media, Makmak Komputer dan Perpustakaan kini berada di bawah satu bumbung.  Keseluruhan ruang lantai dipasang dengan karpet untuk keselesaan pengguna.  Lokasi Medan Ilmu turut dipindahkan iaitu ke ruang terbuka di hadapan PSE.

Pada tahun 1996, dalam pertandingan Pusat Sumber Sekolah peringkat negeri Kelantan , PSS sekolah ini telah berjaya menjadi JOHAN PUSAT SUMBER  bagi Kategori Sekolah-Sekolah Menengah Gred B. Pada tahun 2000  telah mendapat  tempat kedua peringkat negeri. Pada tahun 2001 mewakili negeri Kelantan bagi kategori pusat sumber sekolah luar bandar ke pertandingan peringkat  kebangsaan dan berjaya mendapat tempat ke empat.  Pada tahun 2002 sekali lagi mewakili negeri Kelantan ke peringkat kebangsaan dan berjaya menjadi Naib Johan Kebangsaan. Pada tahun 2007 sekolah ini telah berjaya menjadi JOHAN PUSAT SUMBER bagi Kategori Sekolah Menengah Luar Bandar peringkat negeri. Pada tahun 2008 PSE telah mendapat JOHAN dalam Anugerah Juara PSS Peringkat PPD Pasir Mas dan mewakili negeri Kelantan keperingkat kebangsaan dan mendapat tempat ke empat. Pada tahun 2009 sekolah ini sekali lagi  mewakili negeri Kelantan keperingkat Kebangsaan. Pada tahun 2010 PSE memperolehi anugerah PSS Lima Bintang kategori Luar Bandar.


Semoga PSE sekolah ini akan terus berkembang maju sambil memimpin pelajar dan guru ke arah kecemerlangan.

Misi Sekolah

MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA


Misi PSS

MENJADIKAN PUSAT SUMBER SEKOLAH PUSAT PENYEBARAN ILMU DAN MAKLUMAT


Visi Sekolah

PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERDIDIK NEGARA SEJAHTERA


Visi PSS

PUSAT SUMBER ELEKTRONIK SMKTU TERUNGGUL 2015


Piagam Pelanggan

Pusat Sumber Elektronik Sekolah Menengah Kebangsaan To’Uban beriltizam akan melaksanakan dengan penuh dedikasi untuk :-

MEWUJUDKAN IKLIM PUSAT SUMBER ILMU YANG KONDUSIF UNTUK PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BEKERJA DENGAN SEMANGAT BERPASUKAN , DEDIKASI, BERDISIPLIN DAN CEKAP

MENYEDIAKAN KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DAPAT MEMENUHI KEPERLUAN PELAJAR DAN GURU

MEMASTIKAN SEMUA PELAJAR MENDAPAT PELUANG YANG SAMA RATA, SEIMBANG DAN ADIL

SENTIASA MEMBERI LAYANAN YANG MESRA, BERSOPAN DAN SEGERA KEPADA PENGGUNA


 Matlamat  Pusat Sumber

Pihak yang bertanggungjawab terhadap pembangunan PSE akan berusaha melakukan pelbagai inisiatif yang  relevan dengan hasrat mencapai matlamat seperti berikut :-

MEMPERTINGKATKAN MUTU PENDIDIKAN SEKOLAH

MEMBENTUK PROFESION PERGURUAN YANG BERILMU, DINAMIS, KREATIF, INOVATIF DAN BERDISIPLIN UNTUK MEMBANTU PEMBINAAN SAHSIAH GURU-GURU SUPAYA MEREKA DAPAT MEMAINKAN PERANAN YANG BERKESAN DALAM PEMBANGUNAN NEGARA, BANGSA DAN AGAMA

MEMBENTUK GOLONGAN PELAJAR YANG BERILMU, DINAMIS, KREATIF DAN BERDISIPLIN UNTUK MEMBANTU PEMBINAAN SAHSIAH PELAJAR ITU SENDIRI SUPAYA DAPAT MEMAINKAN PERANAN YANG POSITIF APABILA MEREKA TAMAT PERSEKOLAHAN DAN BALIK KE PANGKUAN MASYARAKAT



Objektif Pusat Sumber


  • MENGUMPUL, MENYIMPAN DAN MENGEDAR MAKLUMAT


  • MEMPERTINGKATKAN MUTU PdP


  • MEMBINA PROGRAM MEDIA UNTUK PdP


  • MENAWARKAN KHIDMAT RUNDING DAN NASIHAT


  
Fungsi Dan Peranan PSS


PUSAT SUMBER ADALAH SALAH SATU SISTEM PERKHIDMATAN UNTUK MEMBOLEHKAN SEMUA PIHAK SEKOLAH MENCAPAI  MATLAMAT-MATLAMAT KURIKULUM DAN KOKURIKULUM

IA LEBIH MERUPAKAN SATU PUNCA SEGALA PERGERAKAN DAN AKTIVITI KE ARAH MELAKSANAKAN KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LEBIH BERKESAN

JELASNYA, IA BOLEH DIWUJUDKAN TANPA PEMUSATAN TEMPAT TETAPI YANG LEBIH PENTING IALAH PEMUSATAN DARI SEGI FUNGSI DAN PENGURUSAN

  
     Enrolmen Guru


KOD GRED
MELAYU
CINA
JUMLAH
L
P
L
P

DG 52
2
1


3
DG 48
12
6
1

19
DG 44
20
13

2
35
DG 41
-
1


1
DG 34
1
-


1
DG 32
-
1


1
JUMLAH
35
22
1
2
60



        Enrolmen Pelajar
            

TINGKATAN

MELAYU

CINA

LAIN-LAIN

JUMLAH
JUMLAH BESAR
L
P
L
P
L
P
L
P

SATU
65
58




65
58
123
DUA
74
76




74
76
150
TIGA
76
66




76
66
142
EMPAT
62
65




62
65
127
LIMA
67
77




67
77
144




















JUMLAH
344
342
1
-
-
-
-
-
686



No comments:

Post a Comment