Guru dan kakitangan termasuk ahli
keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan To’ Uban (SMKTU) telah memeriahkan program
Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan To’ Uban 2017 yang telah
diadakan di Sudara Beach
Resort dan Azan 3 Chalet, Bachok, Kelantan pada 29 Oktober dan 30 Oktober
baru-baru ini.
Pengetua SMKTU berkata,
program ini yang bertemakan “Hubungan Kekeluargaan Memartabatkan Organisasi” dianjurkan
dengan matlamat untuk mengeratkan silaturahim
dan hubungan sesama ahli Kelab Guru dan Staf SMK To’ Uban dan ahli keluarga.
Hal ini dikatakan demikian kerana silaturahim yang baik antara ahli
adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti individu dalam
usaha melahirkan sebuah organisasi yang harmoni dan dinamik.
Menurutnya, penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah
satu wadah untuk untuk terus menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua
ahli. Program tersebut diuruskan sepenuhnya oleh warga SMKTU dan ahli
keluarga yang hadir, bermula dengan aturcara majlis sehingga gotong-royong
memasak hidangan makan malam dan majlis BBQ untuk anggota dan ahli keluarga SMKTU
serta aktiviti sukaneka dan majlis penutup.
Bagi memeriahkan program ini,
pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan. Kanak-kanak begitu seronok apabila menyertai aktiviti yang disediakan
untuk mereka. Antaranya adalah Pertandingan Mewarna, Berebut Gula-gula dan Tiup Belon.
Manakala bagi dewasa, diadakan pertandingan Baling Belon Berair (Berpasangan) dan Hoki Plastik
(5 Sebelah – kategori lelaki dan perempuan)
Dalam pada itu, majlis
tersebut dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengetua SMKTU, Encik Fauzi bin Yazid.