Sunday, 8 October 2017

HARI KELUARGA SMKTU 2017

Guru dan kakitangan termasuk ahli keluar­ga Sekolah Menengah Kebangsaan To’ Uban (SMKTU) telah memeriahkan program Hari Keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan To’ Uban 2017 yang telah diadakan di Sudara Beach Resort dan Azan 3 Chalet, Bachok, Kelantan pada 29 Oktober dan 30 Oktober baru-baru ini.


Pengetua SMKTU berkata, program ini yang bertemakan “Hubungan Kekeluargaan Memartabatkan Organisasi” dianjurkan dengan matlamat untuk mengeratkan silaturahim dan hubungan sesama ahli Kelab Guru dan Staf SMK To’ Uban dan ahli keluarga. Hal ini dikatakan demikian kerana silaturahim yang baik antara ahli  adalah asas dalam pembentukan sikap, nilai murni, dan integriti individu dalam usaha melahirkan sebuah organisasi yang harmoni dan dinamik. 


Menurutnya, penganjuran Hari Keluarga ini juga merupakan salah satu wadah untuk untuk terus menyatukan dan meningkatkan kerjasama antara semua ahli. Program tersebut diuruskan sepenuhnya oleh warga SMKTU dan ahli keluarga yang hadir, bermula dengan aturcara majlis sehingga gotong-royong memasak hidangan makan malam dan majlis BBQ untuk anggota dan ahli keluarga SMKTU serta aktiviti sukaneka dan majlis penutup.

Bagi memeriahkan program ini, pelbagai aktiviti sukaneka turut diadakan. Kanak-kanak begitu seronok apabila menyertai aktiviti yang disediakan untuk mereka.  Antaranya adalah  Pertandingan Mewarna, Berebut Gula-gula dan Tiup Belon.  Manakala bagi dewasa, diadakan pertandingan Baling Belon Berair (Berpasangan) dan Hoki Plastik (5 Sebelah – kategori lelaki dan perempuan)



Dalam pada itu, majlis tersebut dirasmikan sendiri oleh Tuan Pengetua SMKTU, Encik Fauzi bin Yazid.

Wednesday, 27 September 2017

ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR DALAM PERCUBAAN PT3 DAN SPM 2017 PADA 24.09.2017

Wajah-wajah ceria pelajar target PT3 dan SPM tahun 2017
Ucapan daripada Tuan Pengetua

PKP memberikan kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar


Antara pelajar target SPM 2017...Alin...



Warga pendidik SMKTU....

Wednesday, 6 September 2017

WELCOME...OUR NEW PK HEM

Yang menghantar...yang menyambut...bergambar bersama-sama...



Ucapan daripada Pengetua SMK Baroh Pial




Wednesday, 23 August 2017

TAKLIMAT KEPADA PELAJAR TENTANG PROGRAM KAYUHAN MERDEKA DAN PASARIA SMKTU


Tuan pengetua sedang menerangkan dengan terperinci tentang perancangan perjalanan program
Khusyuk mendengar...

Monday, 21 August 2017

PANORAMA DI HADAPAN PSE... cantik, kan?

Info FROG VLE dan Badan Redaksi...
Bersantai merehatkan minda....

Maklumat tentang NILAM terkini dipaparkan untuk perkongsian semua warga sekolah.

Paparan bergambar aktiviti sepanjang tahun di SMKTU.


PSE SEMAKIN HEBAT!!!

               Antara aktiviti yang mendapat sambutan para pelajar SMKTU adalah kempen 'JOM KE PSE'.  Pelajar yang membuat bilangan kunjungan paling tinggi akan dianugerahkan "Pengunjung Terkerap Ke PSE Tahun 2017".  Pelajar yang menang dijanjikan hadiah istimewa.  Ekoran daripada itu, PSE semakin dikunjungi oleh pelajar-pelajar.  

Kad Keahlian Pusat Sumber SMKTU
Pelajar dikehendaki meng'scan' kad ahli setiap kali mengunjungi PSE.

Antara tugas pengawas PSE adalah memastikan setiap pelajar yang mengunjungi PSE membawa kad keahlian.

Kad keahlian boleh digunapakai sehingga tamat pengajian di SMKTU.


WARGA PENDIDIK DAN STAF SMKTU 2017