Monday, 25 May 2015

TV ONLINE - MAKLUMAT TERKINI DISAMPAIKAN DENGAN PANTAS

3 buah tv disediakan di smktu, ditempatkan di beberapa tempat yang menjadi tumpuan warga smktu, iaitu di hadapan pse, kantin dan di hadapan pejabat.

Maklumat dikemaskini setiap hari bagi memastikan semua warga smktu cakna dengan setiap apa yang berlaku di sekolah.  Antaranya adalah nama-nama guru yang bertugas setiap minggu, guru-guru yang tidak hadir bertugas, peristiwa terkini, maklumat berkaitan dengan pencapaian sekolah dalam semua bidang, NILAM, waktu operasi pse dan sebagainya.

DIALOG PRESTASI FASA II (PENGETUA DAN GURU)





Wednesday, 20 May 2015

ALUMNI SMKTU 2015

Kepada semua bekas pelajar dan guru SMKTU, anda semua dijemput untuk hadir ke perjumpaan ALUMNI SMKTU pada hari raya ketiga tahun ini. Bersama-samalah kita meriahkan majlis tersebut.


Tuesday, 19 May 2015

TAKLIMAT PENILAIAN BERSEPADU PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PBPPP)



Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 2015 : Pengawas PSE Menjana Pendapatan Mereka

Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2015 pada 17 Mei 2015, pengawas-pengawas PSE mengambil kesemapatan dalam kemeriahan majlis untuk menambahkan dana dengan membuka gerai jualan.  Kerjasama antara warga pengawas PSE begitu menonjol dan membanggakan. Usaha mereka yang sanggup berpenat lelah telah berjaya menambahkan dana bagi tabung PSE. Memang tidak disangkakan, rupa-rupanya mereka ini mempunyai bakat sebagai USAHAWAN MUDA. Tahniah...jualan sangat laris...hinggakan semuanya LICINNNNN... dan sudah tentu menguntungkan.

Nyammmm...sedapnya ABC.....

"Cikgu nok air gulo ngn air nise ni lebih, bleh tamboh dop?" tanya Puan Kaunselor...

Wajah-wajah ceria, walaupun mereka sebenarnya kepenatan...nak untung punya pasal...

PSE : Persekitaran PSE...

Jom pakat tengok gambar-gambar persekitaran PSE SMKTU secara sepintas lalu.  

Pintu masuk ke pse...


Visi PSE.. gambar diambil sempena Majlis Aku Janji & Pengiktirafan Murid PISA 2015
Serta Pelancaran NILAM 2015

Ruangan 'Klik Untuk Jaya' mengandungi pelbagai koleksi CD 

Maklumat berkenaan universiti awam dan IPT

Kesenian yang sukar ditemui masa kini....

Bekas Ketua Pengawas PSE, Hakim, yang kini sedang menuntut di UITM
 masih aktif mengunjungi PSE dan memberikan kata-kata semangat
serta tunjuk ajar kepada pengawas-pengawas PSE.

Tuesday, 12 May 2015

Blog kami akan mulai beroperasi....

Assalamualaikum,
Sudah agak lama rakan-rakan guru pusat sumber terutamanya GPM kami mencadangkan pembinaan blog ni. Namun disebabkan kekangan masa, baru hari ini kami mulai proses membina blog PSE SMKTU ini.  Al maklum, dalam kesibukan kerja yang bertimbun-timbun, hanya sedikit masa yang dapat diperuntukkan untuk tujuan ini.  Permulaan mungkin agak kurang memuaskan, selekeh, tidak berinformasi...namun itu adalah permulaan.  InsyaAllah, tidak lama lagi blog ini akan dapat disempurnakan dengan sepenuhnya.

Oh ya..pusat sumber SMKTU dinamakan Pusat Sumber Elektronik (PSE) kerana kami menggunakan sistem elektronik dalam hal-hal berkaitan pusat sumber.  Contohnya, pinjaman buku.

Wassalam...